Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keganasan terhadap wanita di UK dianggap darurat

    LONDON, 23 JULAI – Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di United Kingdom kini dianggap sebagai darurat nasional dengan hampir 3,000 insiden direkodkan setiap hari, menurut laporan yang ditugaskan oleh Majlis Ketua Polis Negara (NPCC) dan Kolej Kepolisan.

    Laporan itu mendedahkan lebih satu juta kes jenayah kekerasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dicatat pada 2022/23, lapor PA Media/dpa.

    Angka itu menyumbang hampir 20 peratus daripada semua kes jenayah yang direkodkan (kecuali kes penipuan) di England dan Wales antara April 2022 dan Mac 2023.

    Laporan itu menganggarkan bahawa kira-kira satu daripada setiap 12 wanita menjadi mangsa setiap tahun, bersamaan dua juta wanita dengan jumlah sebenar dijangka lebih tinggi kerana banyak jenayah tidak dilaporkan.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Konstabel Maggie Blyth mencadangkan penubuhan Pusat Perlindungan Awam Kebangsaan bagi menyokong pasukan polis dengan pengetahuan dan latihan khusus.

    Beliau berkata laporan mengenai keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan meningkat sebanyak 37 peratus dari 2018/19 hingga 2022/23. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda