Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Benzer Brunei rai persahabatan di Labuan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Seramai 10 orang ahli Kelab Benzer Brunei Darussalam bertolak ke Labuan, baru-baru ini, atas jemputan sempena hari ulang tahun ke-4 Kelab Mercedes & BMW Sabah yang berlangsung di Desa Tunas Hijau, Labuan.

    Rombongan tersebut diketuai oleh Yang Di-Pertua Kelab Benzer, Awang Abusophian bin Haji Ismail, dan Timbalan Yang Di-Pertua, Awang Asriwendey bin Haji Majid.

    Acara tersebut menghadirkan empat kelab dari dua negara iaitu Kelab Benzer Brunei, Bimmer Generation Team Brunei, Kelab Mercedes & BMW Sabah dan Labuan Classic Benz Group.

    Perjumpaan tersebut dihasratkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman ahli-ahli dalam memajukan kelab masing-masing dan seterusnya mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua-dua buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

    Gambar ramai ahli-ahli kelab dari Brunei dan Labuan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda