Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja sasar peningkatan EV menjelang 2030

    PHNOM PENH, 12 JULAI – Kerajaan Kemboja menyasarkan untuk meningkatkan bilangan kenderaan elektrik (EV) kepada 30,000 unit menjelang 2030, menurut Dasar Nasional Pembangunan EV 2024-2030 yang dikeluarkan kelmarin.

    Negara Asia Tenggara itu juga merancang untuk meningkatkan bilangan skuter elektrik kepada 720,000 unit dan kenderaan elektrik roda tiga kepada 20,000 unit menjelang 2030.

    “Visi dasar nasional adalah untuk mengubah Kemboja menjadi negara dengan kenderaan elektrik yang optimum bagi menyokong dan mencapai pembangunan mampan serta memastikan kesejahteraan rakyat,” kata kerajaan dalam kenyataannya.

    Ditambah lagi, EV telah mendapat populariti di Kemboja, terima kasih kepada perbelanjaan bahan api yang lebih rendah dan mesra alam.

    “Menggunakan EV hanya memerlukan AS$2.35 untuk jarak 100 kilometer, manakala menggunakan kereta petrol atau diesel memerlukan hingga AS$8.71,” kata kenyataan itu.

    Pada masa ini, Kemboja telah mendaftarkan secara rasmi sejumlah 1,614 kereta elektrik, 914 skuter elektrik dan 440 kenderaan elektrik roda tiga serta mempunyai 21 stesen pengecasan EV.

    Tiga jenama EV paling popular di Kemboja adalah BYD dari China, Toyota dari Jepun dan Tesla dari Amerika, menurut Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan.

    Kerajaan Kemboja telah mengurangkan duti import ke atas EV sejak 2021 kepada kira-kira 50 peratus lebih rendah daripada cukai ke atas kenderaan enjin pembakaran dalaman tradisional. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda