Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Sarawak kaji kuantum pelarasan gaji penjawat awam

    KUCHING, 16 OGOS – Kerajaan Sarawak akan mengkaji kuantum pelarasan yang digunakan kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum melaksanakan langkah sama untuk penjawat awam negeri itu.

    Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri mengambil ketetapan untuk turut melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam dan akan dibuat berdasarkan kemampuan.

    “Kita sedang mengkaji gaji perkhidmatan awam kita dan kita akan kira berdasarkan pengumuman PM (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim). Setidak-tidaknya setaraf, kalau tidak pun mungkin baik sedikitlah,” katanya kepada pemberita.

    Beliau berkata memandangkan skim perkhidmatan awam negeri menggunakan Jawatan Berdasarkan Caruman (JBC) dan tidak berpencen, kerajaan negeri turut mengambil kira faedah-faedah lain serta peluang kenaikan pangkat untuk kakitangan.

    Pihak swasta di Sarawak juga diharap dapat menawarkan gaji dan faedah lebih baik kepada pekerja mereka dan membuka peluang kepada penjawat awam yang berhasrat untuk menukar kerjaya dengan menyertai sektor swasta bagi meningkatkan pendapatan, katanya. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa memotong kek pada Kongres Herpetologi Sedunia Ke-10 2024 (WCH10) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, pada 5 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda