Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kes pertama jangkitan influenza A-H5 di Ecuador

    QUITO, 11 JAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun menjadi kes pertama dijangkiti virus influenza avian jenis A-H5 di Ecuador, lapor Xinhua memetik Kementerian Kesihatan Awam baru-baru ini.

    Kes dilaporkan berlaku di wilayah tengah Bolivar dan tiada jangkitan lain direkodkan setakat ini, menurut kementerian itu.

    Kementerian turut mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah penularan dan penyebaran virus itu.

    Ecuador mengisytiharkan kecemasan kesihatan membabitkan haiwan selama 90 hari pada 30 November 2022, selepas virus influenza avian dikesan di ladang penternakan ayam. – Bernama

    Virus influenza avian jenis A-H5 telah menjangkiti seorang kanak-kanak di Ecuador, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...