Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesihatan Zamani meningkat 80 peratus

    Jika sebelum ini masalah kesihatan Zamani kurang baik akibat masalah tulang belakang namun penyanyi itu sudah bersedia memberikan komitmen berentap dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza (GV).

    Zamani atau Zamani Ibrahim, 53, berkata, keadaan kesihatannya kini sudah meningkat sebanyak 80 peratus dan akan cuba memberi persembahan terbaik dalam pertandingan yang sudah membuka tirai sejak Ahad lalu.

    “Sebelum ini saya berdepan masalah kesihatan, nak berdiri tegak pun tak boleh.

    “Tapi sekarang kesihatan saya sudah lebih baik sebanyak 80 peratus, saya sudah bersedia,” katanya kepada mStar.

    Zamani berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad lalu.

    Bekas anggota kumpulan Slam itu antara enam peserta Hot Seat yang terpilih berentap bersama 10 bekas juara GV.

    Selain Zamani, turut terpilih adalah Ezad Lazim, Tomok, Liza Hanim, Suki Low dan Nikki Palikat.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu memberitahu bagi memastikan dapat memberikan tumpuan kepada GV, dia terpaksa menolak daripada menerima sebarang undangan persembahan buat masa ini.

    Bukan sahaja mahu memberi fokus tetapi sebagai langkah berjaga-jaga agar kesihatannya tidak kembali merosot akibat tekanan. – Agensi

    Kesihatan Zamani kini bertambah baik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda