Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khazanah Viking ditemui di Denmark

    COPENHAGEN, 20 OGOS – Tujuh utas gelang perak purba yang menunjukkan pengaruh Viking yang luas telah ditemui di Denmark, kata sebuah muzium kelmarin.

    Salah satu gelang tersebut – yang berasal dari abad kesembilan – diilhamkan oleh model Rusia atau Ukraine manakala yang lain dari Scandinavia yang kemudiannya mempengaruhi gelang di Ireland.

    Harta karun itu ditemui berhampiran Aarhus, dan menunjukkan bagaimana bandar kedua terbesar Denmark ini dihubungkan ‘ke Timur dan Barat’, beritahu Kasper Andersen, ahli sejarah dari Muzium Moesgaard di bandar itu, kepada AFP.

    “Ini adalah spesimen awal, dan ia membantu kami memahami lebih baik bagaimana Viking di bahagian Scandinavia ini beroperasi dalam dunia global, dari Asia Barat hingga ke Atlantik Utara,” tambahnya.

    Pada zaman kemuncaknya, rangkaian perdagangan Viking menjangkau dari Greenland dan pinggir Amerika Utara hingga ke Turkiye dan Asia Tengah.

    “Inilah kali pertama kami menjumpai harta karun yang begitu hampir dengan Aarhus, jadi ia adalah sesuatu yang amat jarang ditemui dan amat menarik,” kata Andersen. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda