Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kishida akan hadir Persidangan UNGA sebelum berundur

    TOKYO, 18 OGOS – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dilaporkan merancang untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan depan, yang mungkin menjadi lawatan antarabangsa terakhirnya sebelum mengundurkan diri daripada memegang jawatan ketua parti pemerintah, menurut sumber kerajaan kelmarin.

    Menurut agensi berita Kyodo, Kishida juga mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin dunia lain semasa lawatan itu.

    Sumber itu memaklumkan lawatan berkenaan dijangka berlangsung beberapa hari sebelum Parti Liberal Demokratik (LDP) mengadakan pemilihan kepimpinan pada 27 September untuk memilih pengganti Kishida.

    Kishida telah menyatakan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat peringkat tinggi dengan negara-negara sahabat yang bertujuan merundingkan perjanjian larangan bahan fisil bersempena dengan UNGA.

    Beliau merancang untuk menekankan komitmennya yang berterusan terhadap pelucutan senjata nuklear dengan menghadiri perbahasan umum yang bermula pada 24 September.

    Dalam kemungkinan pertemuan dengan Biden, Kishida berhasrat untuk mengesahkan semula hubungan kukuh antara Jepun dan AS tanpa mengira perubahan kepimpinan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda