Wednesday, September 18, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen sepak takraw bawa pulang pingat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pasukan sepak takraw kebangsaan telah kembali ke negara ini kelmarin setelah menyertai Kejohanan Piala Raja Thailand 2024 di Korat Thailand.

    Kontinjen Brunei menyertai tiga acara dalam kejohanan tersebut, iaitu men hoop, men regu dan team men regu. Pasukan Brunei berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi dua pingat gangsa dalam acara men hoop dan men regu.

    Kejayaan itu merupakan pencapaian yang bermakna, terutama bagi pemain baharu yang berpeluang menimba pengalaman berharga di peringkat antarabangsa.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi menyambut ketibaan kontinjen berkenaan ialah ahli Jawatankuasa Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) yang terdiri daripada Setiausaha Agung, Ramlan bin Haji Muhd Said; Timbalan Setiausaha Agung, Azman bin Haji Azamain; Bendahari, Haji Yusof bin Haji Tuah; setiausaha perlawanan, Ibrahim bin Haji Makmun; dan ahli jawatankuasa lain iaitu Abu Bakar bin Haji Jumaat dan Roslin bin Haji Tarak. Para ibu bapa pemain juga turut hadir bagi menyambut kepulangan anak-anak mereka.

    Kejayaan itu diharap dapat menjadi pendorong semangat kepada para pemain untuk terus berusaha keras dalam menaikkan nama negara dalam arena sukan sepak takraw.

    Ahli Jawatankuasa PESTABARU bergambar ramai semasa menyambut kepulangan kontinjen negara di LTAB. – GAMBAR SERAHAN ROSLIN BIN HAJI TARAK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda