Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan raikan ‘Hari Pelarian Korea Utara’ pertama

    SEOUL, 14 JULAI – Korea Selatan menandakan peristiwa penting hari ini dengan sambutan ‘Hari Pelarian Korea Utara’ pertama, hari peringatan nasional yang mengiktiraf kemajuan undang-undang dan sosial bagi pelarian Korea Utara.

    Data rasmi mendedahkan bahawa jumlah pembelot Korea Utara di Korea Selatan mencecah lebih 34,000 orang pada akhir 2023. Hari itu bertepatan dengan penggubalan ‘Akta Perlindungan dan Sokongan Penempatan Semula Pelarian Korea Utara,’ undang-undang utama yang memudahkan integrasi pelarian ke dalam masyarakat Korea Selatan.

    Lee Young Hyun, pelarian Korea Utara pertama yang menjadi peguam dan penyokong terkemuka untuk hak pelarian, berkongsi pandangannya dengan Bernama.

    “Komuniti pelarian menyambut baik penetapan hari ini yang dilihat sebagai bukti komitmen Korea Selatan terhadap hak asasi manusia dan penyatuan secara aman,” kata Lee.

    Lee menekankan perbezaan antara pendirian rejim Korea Utara terhadap dua negara Korea dan persepsi berterusan dalam kalangan penduduk Korea Utara yang isu etniknya berkongsi dengan warga Korea Selatan.

    “Hari ini menonjolkan usaha kerajaan Korea Selatan untuk membezakan rejim Korea Utara daripada rakyatnya dan untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia mereka,” kata Lee. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda