Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara rancang pertingkat senjata nuklear

    SEOUL, 10 SEPT – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata negara itu sedang berusaha untuk meningkatkan senjata nuklearnya secara berterusan, lapor media kerajaan hari ini, mendakwa bahawa Pyongyang adalah sebuah negara nuklear yang ‘bertanggungjawab’.

    Kim menyampaikan ucapan sempena acara untuk menandakan ulang tahun ke-76 penubuhan negara itu, dengan imej media kerajaan menunjukkan ribuan orang berkumpul di tengah Pyongyang bagi meraikannya.

    Disebabkan oleh apa yang disifatkan Kim sebagai ‘lebih banyak ancaman’ daripada Amerika Syarikat dan sekutunya, ‘kekuatan nuklear’ Korea Utara dan keupayaannya untuk menggunakannya ‘harus disempurnakan dengan lebih teliti’, katanya.

    Korea Utara ‘akan terus mengukuhkan kekuatan nuklearnya yang mampu menangani sepenuhnya sebarang tindakan ancaman yang dilancarkan oleh negara-negara saingannya yang bersenjata nuklear’, kata Kim.

    Negara itu juga akan ‘menggandakan langkah dan usahanya bagi memastikan semua angkatan bersenjata negara, termasuk kekuatan nuklear, bersedia sepenuhnya untuk berperang’, tambahnya.

    Kim berkata Pyongyang adalah sebuah ‘negara senjata nuklear yang bertanggungjawab’, sambil menambah bahawa ‘senjata nuklear kami untuk mempertahankan diri tidak menimbulkan ancaman kepada sesiapa’. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda