Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    KPDN sita 1,635 tan metrik minyak masak, simpan lebih had

    JOHOR BAHRU, 28 JULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyita 1,635.3 tan metrik pelbagai jenis minyak masak di sebuah syarikat membungkus minyak masak di Kulai, pada Rabu lalu.

    Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo berkata sitaan dibuat, selepas didapati menyimpan minyak masak melebihi dari had kuantiti simpanan yang diluluskan di bawah Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) Borong.

    Beliau berkata tindakan itu diambil hasil pengauditan yang dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa dari Ibu Pejabat KPDN Putrajaya ke atas dokumentasi urus niaga penjualan minyak masak syarikat tersebut, sebelum pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan penguat kuasa KPDN Johor bagi mendapatkan maklumat, termasuk meminta pengisytiharan stok di bawah Sekyen 8, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dikemukakan syarikat itu.

    “Hasil pemeriksaan mendapati kuantiti minyak masak yang berada di alamat perniagaan tersebut melebihi dari had kuantiti simpanan minyak masak yang diluluskan di bawah Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) Borong. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda