Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan muhibah PGGMB timba ilmu

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Rombongan guru Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) mengadakan kunjungan muhibah bersama Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Abidin bin Haji Marjan yang berlangsung di Ibu Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini.

    Rombongan yang dalam lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan, diketuai oleh Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri, terdiri daripada Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri) PGGMB, Haji Yahya bin Haji Mirasan, ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi (JKTT) PGGMB serta guru-guru besar dan guru-guru sekolah PGGMB.

    Turut hadir semasa kunjungan muhibah berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan dan guru-guru besar Wilayah Persekutuan Labuan.

    Pada kunjungan berkenaan, taklimat ringkas mengenai pentadbiran dan pengurusan serta pencapaian sekolah telah disampaikan oleh Haji Abidin.

    Semasa kunjungan itu, Haji Abidin juga menyatakan harapan lawatan dari PGGMB akan dapat mengeratkan silaturahim kedua-dua pihak serta dapat bekerjasama dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah masing-masing.

    Di samping itu, beberapa sesi perkongsian amalan terbaik yang diterapkan di sekolah-sekolah seluruh Wilayah Persekutuan Labuan turut diadakan.

    Rombongan guru PGGMB sedang dalam lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan dengan matlamat untuk menimba ilmu tatacara pengurusan sekolah yang efektif, teknik terkini dalam meningkatkan pencapaian murid sekolah dan menjalinkan kolaborasi serta kerjasama dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan antara kedua-dua pihak.

    Haji Mustapa mengetuai rombongan guru PGGMB mengadakan kunjungan muhibah kepada Haji Abidin, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    Haji Abidin dan Haji Mustapa bergambar ramai dengan rombongan guru PGGMB serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN PGGMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda