Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan tinjau lebih dekat peranan CDC

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Empat orang ahli Jawatankuasa Eksekutif (Pentadbiran) Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH), baru-baru ini, telah membuat kunjungan kerja ke Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC), Kementerian Kesihatan untuk meninjau dengan lebih dekat lagi peranan pusat tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FITRAH, di sini, delegasi yang diketuai oleh Presiden FITRAH, Hajah Norjum binti Haji Yusop itu dialu-alukan oleh Pediatrik Konsultan CDC, Dr Hajah Mawarni binti Haji Abdul Hamid.

    Lawatan itu juga dihasratkan untuk menjalin program kerjasama dalam menyokong apa jua aktiviti, projek dan program yang dijalankan oleh CDC.

    Pusat berkenaan amat teruja dan menyambut baik kehadiran rombongan di mana menerusi lawatan itu, ia dapat memberikan sedikit sebanyak buah fikiran, pandangan, pengajaran serta cadangan yang terbaik untuk sama-sama menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan pada masyarakat seperti terkandung dalam visi, misi dan peranan FITRAH yang ditubuhkan pada 1996.

    Di samping itu, mengeratkan lagi kerjasama dalam mengelinga individu atau kanak-kanak berkeperluan khas khususnya di Negara Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan itu, hasrat FITRAH untuk menjalin kerjasama dengan CDC telah lama terjalin sejak 1999.

    Dengan adanya lawatan singkat berkenaan, ia sedikit sebanyak dapat memberikan panduan dan rujukan kepada FITRAH dalam menjayakan komitmen skop tugas yang komprehensif di bahagian pentadbiran masing-masing.

    Rombongan FITRAH dan pegawai dari CDC bergambar ramai selepas lawatan tersebut. – GAMBAR SERAHAN FITRAH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda