Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Kurung kucing, selamatkan burung

    BERLIN, 18 MEI – Pihak berkuasa di bandar barat daya Jerman, Walldorf telah mengarahkan beberapa tuan punya kucing supaya mengurung haiwan peliharaan mereka dalam rumah sehingga akhir Ogos, untuk melindungi spesies burung unik semasa musim pembiakan unggas berkenaan.

    Arahan itu bertujuan membantu menyelamatkan burung lark, yang membuat sarangnya di atas tanah dan mudah menjadi mangsa pemburuan kucing. Populasi burung di Eropah Barat telah merosot mendadak dalam beberapa dekad ini.

    Pihak berkuasa di Walldorf berkata dalam kenyataan bahawa ‘antara jaminan yang dapat memastikan spesies tersebut terus hidup adalah bergantung pada setiap anak burung yang menetas.’

    Arahan itu, yang membabitkan semua kucing di selatan bandar dan akan diulang untuk tiga tahun akan datang, dilaporkan telah mencetuskan rungutan daripada tuan punya kucing.

    Akhbar Rhein-Neckar-Zeitung melaporkan hari ini ketua persatuan perlindungan haiwan tempatan telah merancang mengambil tindakan guaman untuk mencabar arahan itu.

    “Tolong bertenang,” beliau dipetik sebagai berkata. “Saya boleh memberi jaminan kepada awda bahawa kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan tindakan tidak masuk akal ini.” – AP

    Gambar fail menunjukkan seekor kucing duduk di kawasan lalang di Frankfurt, Jerman. Tuan punya kucing telah diarahkan mengurung haiwan peliharaan mereka dalam rumah untuk melindungi burung unik semasa musim pembiakannya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...