Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Medvedev akui bukan pemain pilihan utama

    GENEVA, 18 MEI – Pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev kelmarin berkata bahawa dia bukan pemain pilihan bagi kejohanan Terbuka Perancis selepas tewas dalam perlawanan pertama setelah menjalani pembedahan hernia.

    Juara Terbuka AS yang menjalani pembedahan bulan lalu itu ditewaskan 6-2, 7-6 (7/5) kepada pemain Perancis Richard Gasquet dalam pusingan 16 Terbuka Geneva. Pemain Rusia itu berkata sukar untuk dirinya menewaskan Rafael Nadal dan Novak Djokovic sebagai pemain pilihan untuk memenangi Grand Slam kedua tahun ini dan menambah akan berusaha memperbaiki permainannya pada baki hari sebelum Paris.

    “Saya bukan pilihan utama Roland Garros tetapi saya mahu bermain dengan baik. Jika saya dapat mencari tahap saya semula, saya boleh menjadi pemain yang berbahaya,” katanya.

    Medvedev mengalami kekalahan selepas tewas di Miami. Ini bermakna kekalahan Geneva adalah satu-satunya perlawanan di gelanggang tanah liat. – AFP

    Aksi pemain Rusia, Daniil Medvedev semasa perlawanan tenis Terbuka ATP 250 Geneva kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...