Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakers julang Piala NBA

    LAS VEGAS, 10 DIS – Los Angeles Lakers, menerusi Anthony Davis, berjaya membantu pasukannya untuk menewaskan pasukan Indiana Pacers 123-109 bagi memenangi edisi pertama kejohanan dalam musim NBA kelmarin.

    Davis menjaringkan 41 mata dengan 20 rebound, manakala bintang handalan, LeBron James, menambah 24 mata dan 11 rebound untuk pasukan juara NBA 17 kali itu, sekali gus menambah Piala NBA pertama dalam koleksi trofi kelabnya.

    Bagi pemain yang meraih mata terbanyak sepanjang liga, James, ia merupakan satu pengiktirafan baharu dalam musim ke-21 dalam kerjayanya yang telah merangkumi empat gelaran NBA dan empat anugerah Pemain NBA Paling Bernilai.

    Pemain berusia 38 tahun itu telah dinobat MVP dalam kejohanan tersebut. “Kami mencipta sejarah,” kata James sambil meraikannya di gelanggang bersama rakan sepasukannya.

    Lakers yang dipimpin oleh Davis dan James telah menewaskan Pacers. Mereka tidak membiarkan pemain Pacers melakukan serangan dan membuat lontaran sepenuhnya.

    Lakers melengkapkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan itu, yang bermula dengan kesemua 30 pasukan NBA yang diundi ke dalam enam kumpulan untuk permainan round-robin.

    Bintang Pacers, Tyrese Haliburton merupakan pemain yang hebat, tetapi 20 mata dan 11 assists kelmarin tidak cukup untuk menundukkan Lakers yang amat bersemangat dan berpengalaman.

    Lakers, yang memperoleh 17 mata dan 11 rebound menerusi Davis, mendahului 65-60 pada separuh masa manakala Austin Reaves mencatat 22 daripada 28 mata. – AFP

    LeBron James (tengah), menjulang trofi bersama rakan sepasukannya selepas memenangi perlawanan Kejohanan Sulung Dalam Musim NBA di T-Mobile Arena, di Las Vegas, Nevada, pada 9 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda