Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laluan kereta api tergendala di Rusia

    SAMARA, 4 MAC – Perkhidmatan lalu lintas kereta api di Wilayah Samara, Rusia, terpaksa dihentikan hari ini selepas satu letupan di atas sebuah jambatan, lapor agensi berita Rusia, memetik perkhidmatan menyelamat.

    ‘Campur tangan oleh pihak yang tidak dibenarkan’ menyebabkan kejadian itu, kata syarikat kereta api dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa tiada sesiapa yang cedera akibatnya.

    “Lalu lintas kereta api tergendala buat sementara waktu di bahagian ini,” katanya.

    ‘Sebuah peranti letupan merosakkan tiang di atas jambatan kereta api’ melintasi sungai Chapaevka, kata sumber agensi rasmi TASS memetik sumber di perkhidmatan penyelamat sebagai berkata. Rangkaian kereta api Rusia telah menyaksikan beberapa insiden selepas Moscow menghantar tentera ke Ukraine pada Februari 2022. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda