Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Langkah’ tangkas pendekar Bumi Kenyalang

    MIRI, 25 OGOS – Skuad pencak silat Sarawak muncul antara kontinjen berpotensi perlu diberi perhatian apabila dilihat melahirkan pendekar sedia bertempur pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri.

    Sarawak selaku tuan rumah mengumpul lima pingat emas dan tujuh gangsa, Terengganu memperoleh lima emas, satu perak, empat gangsa manakala Sabah empat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

    Tiga emas Sarawak diperoleh dalam silat seni kategori jurus wajib regu putra (Ahmad Danial Abdullah-Mohammad Nur Azlisham Mohd Ali-Suhaiqal Suhardie), jurus wajib regu putri (Nuradriani Fitri Abdullah-Nur Alfianiz Jordon-Vivina Anging Johnton) dan solo kreatif putra (Mohammad Shamiezal Shapian).

    Bagi silat olahraga, Sarawak meraih dua lagi emas daripada keseluruhan 28 pingat emas dipertandingkan menerusi Ummi Mashitah Hassan (Kelas B Putri 50-55kg) dan Mohamad Nurhasri Maxzakir (Kelas E Putra 65-70kg). – Bernama

    Atlet Pencak Silat Sarawak, Mohamad Nurhasri Maxzakir meraikan kejayaan setelah berjaya memperoleh pingat emas pada perlawanan akhir silat olahraga kategori 65kg-70kg dalam temasya SUKMA Sarawak 2024 di Stadium Bandaraya Miri pada 23 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda