Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larian pupuk nilai Olimpik

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Hujan yang turun sejak awal pagi tidak mematahkan semangat ratusan peserta yang berkumpul untuk sama-sama menjayakan Larian Hari Olimpik yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini.

    Hadir pada acara larian itu dan menyempurnakan pelepasan para peserta ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah ketua-ketua perwakilan negara luar ke Negara Brunei Darussalam serta para jemputan khas.

    Acara Larian Hari Olimpik 2024 yang menyaksikan seramai 1,831 orang mendaftar itu diadakan bersempena Hari Olimpik Sedunia yang jatuh pada 23 Jun setiap tahun.

    Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNOC) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menganjurkan larian itu untuk mempromosikan peranan sukan dalam membina dunia yang aman dan lebih baik melalui larian.

    Acara didahului dengan sesi bergambar ramai bersama peserta larian, diikuti dengan senaman pemanasan badan dan pelepasan peserta oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi.

    Pada akhir acara, Yang Berhormat Dato turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada 10 pemenang terbaik daripada setiap kategori larian.

    Larian dibahagikan kepada tujuh kategori berdasarkan jantina dan kumpulan umur yang ditetapkan.

    Acara bertujuan untuk mempromosikan nilai-nilai Olimpik dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat, di samping menghimpunkan atlet serta peminat sukan bagi meraikan kuasa sukan untuk menyatukan rakyat dan menjalin kerjasama.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyempurnakan pelepasan peserta salah satu kategori larian. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi sama-sama menyertai senaman memanaskan badan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Wajah-wajah ceria para peserta Larian Hari Olimpik 2024. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda