Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1 juta dos vaksin polio diterima

    GAZA CITY, 26 OGOS – Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan lewat kelmarin bahawa pihaknya menerima 1.26 juta dos vaksin polio, lapor agensi Anadolu.

    “Sebanyak 1.26 juta dos vaksin polio OPV2 telah tiba bersama dengan 500 peti penyejuk vaksin.

    “Persediaan sedang dijalankan untuk melancarkan kempen vaksinasi ini dengan kerjasama rakan-rakan kongsi,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Pada 16 Ogos, kementerian mengumumkan kes pertama polio di Semenanjung Gaza dalam tempoh 25 tahun di bandar Deir al-Balah.

    Kes melibatkan seorang anak damit berusia 10 bulan yang belum menerima sebarang dos vaksin polio.

    Penyakit ini terutamanya memberi kesan kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dengan satu daripada 200 jangkitan membawa kepada lumpuh. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda