Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Lebih 9 juta rakyat Vietnam melancong semasa Tet

    HANOI, 27 JAN – Lebih sembilan juta pelancong rakyat Vietnam melancong semasa cuti Tahun Baharu yang juga dikenali sebagai Tet selama seminggu, meningkatkan pelancongan domestik negara itu kepada 47.5 peratus berbanding Tet sebelumnya, menurut pihak Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan Vietnam (VNAT) baru-baru ini.

    Bermula 20 hingga 26 Januari, hasil daripada aktiviti pelancongan dianggarkan berjumlah 17.5 trilion VND (AS$745.79 juta), turun 30 peratus tahun ke tahun, lapor VNAT.

    Menurutnya, jumlah kedatangan pelancong asing dalam cuti Tet melonjak berbanding cuti Tahun Baharu, mengaitkan peningkatan dengan pembukaan semula China mulai 8 Januari.
    Ibu kota Hanoi mengalu-alukan 32,000 pelancong asing semasa percutian Tet, kebanyakannya dari Korea, Jepun, Singapura, Kanada dan Perancis.

    Sementara itu, setiap hari, wilayah Khanh Hoa menerima 15 penerbangan dengan 188 hingga 220 pengunjung China setiap satunya, bersamaan kira-kira 1,400 pelancong dari Kazakhstan dan Korea.

    Secara keseluruhan, destinasi di selatan-tengah negara itu menerima kunjungan kira-kira 11,300 warga asing semasa percutian itu. – ANN/VNA

    Pelancong ketika melawat kompleks Lanskap Trang An di wilayah utara Ninh Binh semasa cuti Tet 2023. – ANN/VNA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...