Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leclerc menang GP Itali buat Ferrari

    MONZA, 2 SEPT – Charles Leclerc memenangi perlumbaan Grand Prix Itali malam kelmarin untuk menggembirakan penyokong Ferrari ketika Lando Norris sekali lagi merapatkan jurang dengan juara dunia Max Verstappen dalam kejuaraan pemandu Formula Satu (F1).

    Leclerc meraih kemenangan di Monza buat kali kedua selepas menang pada tahun 2019, mengatasi asakan dua pelumba McLaren, Oscar Piastri dan Norris dalam perlumbaan menarik yang mana Verstappen berakhir hampir 38 saat di belakang di tangga keenam.

    Sorakan gembira menyelubungi tempat duduk penonton ketika Leclerc melepasi garisan penamat selepas menangani set tayar keras yang digantikannya dalam satu-satunya hentian pit pada pusingan ke-16.

    “Saya fikir kali pertama akan berasa seperti ini dan kali kedua tidak terasa istimewa,” kata Leclerc sambil menikmati sorakan peminat yang menjadikan litar itu penuh ceria, riuh-rendah dengan lautan merah selepas perlumbaan.

    “Tetapi emosi saya dalam beberapa pusingan terakhir iaitu Monaco dan Monza adalah dua perlumbaan yang saya mahu menangi setiap tahun dan saya berjaya memenanginya tahun ini. Ia terlalu istimewa.”

    Semua pencabar utamanya, kecuali rakan sepasukan Carlos Sainz yang berakhir di tangga keempat, melakukan dua hentian pit dan McLaren berharap dua pemandu Ferrari itu juga akan melakukan perkara sama. – AFP

    Charles Leclerc meraikan kemenangannya selepas menjuarai perlumbaan GP F1 Itali di litar Autodromo Nazionale Monza di Monza, Itali. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda