Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki dengan 27 beg abalon ditahan

    JOHANNESBURG, 15 OGOS – Polis telah menahan seorang pemburu haram disyaki di Afrika Selatan yang ditemui dengan abalon kering bernilai puluhan ribu dolar, sejenis makanan istimewa yang mempunyai permintaan yang tinggi dan diseludup terutamanya ke Asia, kata Kementerian Alam Sekitar kelmarin.

    Pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang lelaki Afrika Selatan, mempunyai 27 beg plastik hitam mengandungi lebih 13,000 ekor moluska berkenaan, kata kementerian itu. Beg-beg seberat 640 kilogram itu bernilai kira-kira AS$55,000, kata pihak berkuasa. Pemburu haram menjarah pantai Afrika Selatan dengan siput laut yang amat dicari-cari ini, yang dilindungi oleh kuota memancing yang ketat.

    Kementerian meminta agar suspek ini ‘didakwa dengan segera’, yang ditahan minggu lalu semasa pemeriksaan rambang oleh polis di Eastern Cape, wilayah yang terkenal dengan pantai Lautan Hindi yang panjang. “Saya menggesa setiap warga Afrika Selatan supaya berwaspada dan melaporkan sebarang jenayah alam sekitar kepada pihak berkuasa,” kata Timbalan Menteri Alam Sekitar, Narend Singh.

    “Adalah penting agar komuniti kita bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi melindungi sumber laut kita.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda