Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Kenya kahwin kekasih lama selepas berkenalan lebih 60 tahun

    NAIROBI, 19 OGOS – Seorang lelaki Kenya berusia 95 tahun telah berkahwin dengan kekasih lamanya yang berusia 90 tahun kelmarin, lebih 60 tahun selepas mereka pertama kali bertemu, lapor media tempatan hari ini.

    Ibrahim Mbogo berjalan di lorong dengan Tabitha Wangui pada majlis perkahwinan putih di sebuah gereja kelmarin, lapor media swasta, Citizen Digital.

    “Kami bertemu dan jatuh cinta pada tahun 1960,” kata Mbogo dipetik sebagai berkata di luar gereja di Mukurweini, sebuah bandar kira-kira tiga jam perjalanan menaiki kereta dari ibu kota Kenya, Nairobi.

    “Kami berbincang bersama dan memutuskan bahawa adalah bagus jika kami mengadakan perkahwinan ala orang kulit putih. Kami tahu dalam adat Kikuyu, kami telah berkahwin secara sah, tetapi kerana kami juga beragama Kristian, kami memutuskan untuk mengadakan perkahwinan gereja.”

    Pengantin lelaki memakai sut kelabu segak dan tali leher perak untuk hari istimewa mereka, manakala pengantin perempuan memakai topi putih dengan jaket brokat krim di luar pakaian putih.

    Ditanya mengenai rahsia mereka, Wangui memberitahu Citizen Digital, “Wanita, awda mesti menghormati suami awda, jika awda berbuat demikian, maka awda akan hidup seperti kami.

    “Jangan lakukan apa-apa kesalahan, dan apabila awda berbuat demikian, hanya minta maaf dan mohon keampunan.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda