Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tikam dua mangsa ditahan

    LONDON, 12 OGOS – Seorang lelaki telah ditahan selepas seorang gadis berusia 11 tahun dan seorang wanita berusia 34 tahun ditikam di tengah London, kata Polis Metropolitan London hari ini.

    Serangan itu berlaku di Dataran Leicester, yang menjadi tumpuan bagi pelancong dengan kedai-kedai, teater dan pawagamnya. Dataran dan kawasan sekitarnya mempunyai anggaran 2.5 juta pengunjung setiap minggu.

    Polis berkata kedua-dua mangsa telah dibawa ke pusat trauma utama. Tahap kecederaan mereka tidak dapat dipastikan dengan serta-merta.

    Serangan itu berlaku ketika Britain berada dalam keadaan tegang selepas kejadian keganasan sejak minggu lalu ketika orang ramai yang melaungkan slogan anti-pendatang dan Islamofobia bertempur dengan polis. Gangguan itu telah didorong oleh aktivis sayap kanan yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu mengenai serangan pisau yang membunuh tiga gadis semasa acara tarian bertemakan Taylor Swift. – AP

    Seorang pegawai polis berdiri di tempat kejadian di Dataran Leicester, London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda