Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan enjin bot kayu ragut 20 jiwa

    ABUJA, 9 OGOS – Enjin sebuah bot kayu meletup dan tenggelam di sebatang sungai di selatan Nigeria, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang, kata polis tempatan kelmarin.

    Kejadian di Sungai Ezetu 1 sehari sebelumnya adalah yang terbaharu dalam siri kemalangan bot yang menyebabkan kematian yang menunjukkan kegagalan pengawalseliaan.

    Tidak jelas apa yang mungkin menyebabkan enjin bot itu meletup pada Rabu, kata jurucakap polis Bayelsa, Musa Muhammed.

    Bot itu sedang membawa peniaga dari Ekeni, sebuah komuniti kecil di negeri Bayelsa ke Yenagoa, ibu kota negeri itu, ketika enjinnya meletup, kata Pengerusi Kesatuan Pekerja Maritim di Bayelsa, Ipigansi Ogoniba, dalam satu sidang akhbar. Kebakaran yang menyusul selepas itu membakar beberapa penumpang sebelum tenggelam, katanya.

    Ogoniba berkata penyedia perkhidmatan kecemasan tidak dapat bertindak balas dengan cepat terhadap kemalangan itu kerana tiada rangkaian telefon di kawasan tersebut.

    Kemalangan bot kerap berlaku di komuniti terpencil di seluruh Nigeria, di mana penduduk tempatan yang terdesak untuk memasarkan produk pertanian mereka akhirnya bersesak-sesak dalam bot buatan tempatan kerana tiada jalan yang baik dan mudah diakses. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda