Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza

    KAHERAH, 25 APRIL – Majlis Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata dan menghentikan pencerobohannya di Semenanjung Gaza serta memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin.

    Gesaan ini dibuat semasa tamatnya sesi luar biasa Majlis Liga Arab di peringkat perwakilan tetap, diketuai Mauritania yang diadakan di ibu pejabatnya, di Kaherah, kelmarin.

    Sesi itu yang diminta oleh Negara Palestin dan disokong oleh semua negara anggota bagi menangani kesinambungan jenayah dan pencerobohan pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

    Majlis itu mengecam penggunaan kuasa veto oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menghalang resolusi gencatan senjata, sambil menambah bahawa veto itu tidak konsisten dengan AS untuk menyokong penyelesaian dua negara, undang-undang antarabangsa dan resolusi legitimasi antarabangsa yang berkaitan, termasuk Resolusi Majlis Keselamatan 1515 tahun 2003.

    Majlis itu menggesa AS dan Kesatuan Eropah berhenti mengeksport senjata dan peluru, termasuk membiayai pengeluaran dron yang digunakan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

    Majlis Liga Arab juga menggesa mekanisme keadilan antarabangsa untuk menjalankan siasatan bebas penemuan kubur besar di kompleks perubatan Al-Shifa dan Nasser di Semenanjung Gaza, yang menempatkan beratus-ratus mayat.

    Ia juga menggesa untuk menyiasat tindakan Israel yang sengaja menyasarkan kumpulan tertentu seperti kakitangan perubatan dan antarabangsa, wartawan, profesor universiti, kanak-kanak dan wanita, menurut WAFA. – Bernama

    Anggota Majlis Keselamatan PBB semasa bermesyuarat, kelmarin, di ibu pejabat PBB. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...