Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis eratkan silaturahim mantan polis wanita

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Sempena Penubuhan Polis Wanita yang ke-50 tahun, sekumpulan mantan anggota polis wanita  telah mengadakan satu majlis makan tengahari di sebuah restoran di Bandar Seri Begawan baru-baru ini.

    Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 60 anggota mantan polis wanita itu dikendalikan atas inisiatif mantan Sarjan Major Hjh Latifah binti  Mohd Harun dan mantan Staff Sarjan Hjh Siti Rukiah binti Abdullah Juing.

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah AL-Fatihah dikhususkan kepada mantan- mantan anggota polis wanita yang telah kembali ke Rahmatullah yang kemudiannya disusuli dengan doa selamat.

    Dengan adanya majlis seumpama ini, ia diharap akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin antara ahl-ahlinya.

    Mantan Sarjan Major Hjh Latifah dalam majlis berkenaan.
    Gambar ramai antara yang hadir pada majlis berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda