Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis selawat bagi pembukaan Bilik Rambut Mulia Nabi SAW

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Bagi menyemarakkan bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan kegiatan keagamaan, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), kelmarin telah mengadakan Majlis Berselawat bertempat di BKISHHB.

    Ini adalah bagi menandakan pembukaan Bilik Rambut Mulia Rasulullah SAW selama sebulan sepanjang bulan Rabiulawal bermula 5 September hingga 3 Oktober.

    Hadir selaku jemputan khas ke majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mohd Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku ahli-ahli Lembaga Penasihat BKISHHB.

    Kehadiran para jemputan khas dialu-alukan oleh Pengarah BKISHHB, Dr Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Dikir Syarafil Anam secara beramai-ramai yang dipimpin oleh 15 orang guru agama dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Pegawai Pelajaran Ugama JPI, Awang Mohammad Zamery bin Haji Nayan.

    Koleksi artifak rambut mulia Rasulullah SAW merupakan di antara bahan koleksi berharga dan tidak ternilai terdapat di BKISHHB.

    Bagi menyemarakkan bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan kegiatan keagamaan, Majlis Berselawat telah diadakan di Bilik Rambut Mulia Rasulullah SAW, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet yang hadir ke majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda