Wednesday, November 13, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Kedayan, Jalan Landasan Lama bermula sejak dari kelmarin, 9 November hingga 23 November bermula pukul 9 pagi hingga pukul 10 malam.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat.  – GAMBAR DARI NOTIS SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda