Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martial umum tinggalkan United selepas sembilan tahun

    MANCHESTER, 28 MEI – Penyerang Perancis, Anthony Martial, kelmarin mengesahkan dia akan meninggalkan Manchester United selepas sembilan tahun bersama kelab tersebut.

    “Dengan penuh emosi saya menulis kepada awda hari ini untuk mengucapkan selamat tinggal. Selepas sembilan tahun yang luar biasa di kelab ini, tiba masanya untuk saya membuka lembaran baharu dalam kerjaya saya,” kata Martial dalam satu kenyataan di Instagram.

    Pemain berusia 28 tahun itu menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut dalam perpindahan bernilai AS$45.9 juta dari Monaco pada September 2015 tetapi gagal memenuhi jangkaan.

    Namun, dia tidak beraksi dalam perlawanan senior sejak Disember selepas menjalani pembedahan pangkal paha.

    Semasa berada di England, Martial memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa tetapi tidak pernah menjuarai EPL mahupun Liga Juara-Juara.

    Dia bermain dalam 317 perlawanan dan telah menyumbang sebanyak 90 gol dalam semua pertandingan.

    “Manchester United akan sentiasa berada di hati saya. Kelab ini telah meninggalkan kesan mendalam dalam kerjaya saya dan memberi saya peluang luar biasa untuk bermain di hadapan awda,” tambah Martial, yang pernah dipinjamkan ke Sevilla pada tahun 2022.

    “Saya pergi untuk menyahut cabaran baharu dan akan terus mengikuti perkembangan kelab ini. Red Devils akan sentiasa di hati saya,” tambahnya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda