Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mata sakit akibat lampu HID

    Baru-baru ini, penulis berasa terganggu kerana telah ‘dibuntuti’ oleh sebuah kereta yang menggunakan lampu high intensity discharged (HID).

    Pasti ramai bersetuju, penggunaan lampu HID mengganggu tahap pemandangan pengguna jalan raya lain kerana pancaran cahaya yang terlampau terang menyebabkan mata silau.

    Ramai pemilik kereta yang memasang lampu HID masa ini kononnya mahu nampak lebih bergaya.

    Tapi bagi sesetengah pemandu lain, mereka yang menggunakan lampu HID tidak memikirkan keselamatan orang lain.

    Bagi mereka, menggunakan lampu HID lebih menerangkan lagi pencahayaan kereta dan lebih yakin untuk memandu pada waktu malam.

    Gambar Canva

    Tetapi, bagi pemandu yang datang dari arah bertentangan, ini boleh menyebabkan penglihatan menjadi terganggu dan lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih itu akan tersebar oleh titisan hujan.

    Di sini penulis ingin menasihatkan kepada pemilik kenderaan yang menggunakan lampu HID, fikirkanlah keselamatan orang lain.

    Jangan ingat orang akan kagum melihat kereta awda, sedangkan realitinya ramai yang sakit mata!

    Penulis juga berharap agar pihak berkenaan supaya memantau tegas penggunaan lampu HID sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

    Lebih elok jika pemantauan dan tindakan dibuat bermula dari kedai-kedai yang menjual aksesori kereta yang hanya memikirkan keuntungan apabila menjual barangan yang menyalahi peraturan. Kalau lampu HID itu tidak dijual, sudah pasti kita tidak akan nampak kenderaan di atas jalan raya yang menggunakannya.

    Anti-Silau

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda