Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOFE adakan Sesi Socialisation Cukai Pendapatan Korporat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil telah mengadakan Sesi Socialisation Cukai Pendapatan Korporat baru-baru ini di Dewan Teater, MOFE.

    Antara lain tujuan sesi itu adalah bagi meningkatkan kefahaman syarikat mengenai pentadbiran cukai di negara ini, di samping membantu syarikat meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan Cukai Pendapatan Korporat.

    Sesi berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai Kewangan Kanan dari Bahagian Hasil, MOFE, Lim Wei Yeh.

    Beliau menjelaskan secara menyeluruh tentang Cukai Pendapatan Korporat termasuk Basis of Assessment, pematuhan cukai, perkiraan cukai dan pemfailan cukai selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.

    Lim Wei Yeh memberikan penerangan semasa sesi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    Antara yang hadir semasa sesi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda