Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mozambique luluskan projek pemulihan bakau terbesar di Afrika

    JOHANNESBURG, 6 SEPT – Mozambique telah meluluskan projek pemulihan bakau terbesar di Afrika dengan 200 juta pokok akan ditanam dalam tempoh 60 tahun, kata pemaju yang memperoleh lesen itu kelmarin.

    Blue Forest yang berpangkalan di Teluk berkata mereka akan memulakan kerja pada November, sambil menambah bahawa mereka telah memperoleh lesen itu selepas kajian kebolehlaksanaan selama kira-kira dua setengah tahun.

    “Kami akan memulakan penanaman yang pertama daripada jumlah 200 juta bakau di Quelimane, Zambezia pada November ini, selaras dengan permulaan musim hujan di Mozambique,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Blue Forest, Vahid Fotuhi kepada AFP.

    Projek itu berhasrat meliputi kawasan seluas 155,000 hektar atau dua kali ganda saiz Singapura, katanya.

    Pokok-pokok itu akan memulihkan pinggir laut Mozambique yang rosak dan mewujudkan kira-kira 5,000 pekerjaan dalam bidang perhutanan, tambah Fotuhi.

    Pokok bakau adalah salah satu tumbuhan yang paling berkesan di dunia dalam menangkap karbon dioksida dan akarnya yang bercabang membantu menstabilkan pantai serta mengurangkan hakisan, selain menyediakan tempat perlindungan untuk ikan dan makhluk lain. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda