Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPOC promosi produk sawit di Olimpik Kulinari 2024

    KUALA LUMPUR, 24 JAN – Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) bersedia untuk mempamerkan produk minyak sawit tempatan di Worldchefs Village, Olimpik Kulinari 2024, yang akan diadakan menjelang 2 hingga 7 Februari depan.

    Dihoskan oleh Worldchefs Association yang amat disanjung tinggi, penyertaan MPOC turut disertai oleh dua syarikat tempatan Malaysia iaitu Nonosugar Health Tech Sdn Bhd dan Saha Asia Industries Sdn Bhd.

    “MPOC juga akan mengadakan demonstrasi memasak dengan menampilkan produk berasaskan minyak sawit oleh cef selebriti Malaysia selain menyediakan sokongan media yang mantap kepada pasukan kebangsaan yang

    bersaing dalam pertandingan yang dinanti-nantikan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
    Dijadualkan bersama INTERGASTRA, pameran perdagangan utama untuk perniagaan hospitaliti serta gastronomi, Sukan Olimpik Kulinari 2024 akan diadakan di Messe Stuttgart, Jerman yang berprestij.

    Dengan 1,500 peserta pameran, INTERGASTRA merupakan perhimpunan terbesar di Jerman bagi industri itu, ia menarik hampir 100,000 pengunjung perdagangan setiap dwitahunan.

    Olimpik Kulinari sebelum ini melibatkan kira-kira 1,800 peserta, termasuk 110 pasukan dan lebih kurang 800 peserta pameran individu dari 67 negara, yang mewujudkan suasana Olimpik yang menakjubkan dalam dewan pameran Stuttgart.

    Pasukan Malaysia merangkumi 16 cef yang berkemahiran, diselia oleh Persatuan Kulinari Profesional Malaysia.

    Dengan memanfaatkan capaian global Worldchefs, inisiatif ini bertujuan untuk memupuk persepsi positif terhadap minyak sawit yang mampan.

    “Perkongsian dengan Worldchefs memberikan platform yang ideal bagi menonjolkan amalan lestari serta faedah minyak sawit Malaysia, menyumbang kepada pilihan pengguna termaklum di seluruh dunia,” kata MPOC. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda