Friday, September 13, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mpox: Dua lagi kes baharu dikesan

    MANILA, 26 OGOS – Filipina telah mengesan dua kes baharu cacar monyet (mpox), menjadikan jumlah kes aktif cacar di negara itu kepada tiga, kata Jabatan Kesihatan (DOH) hari ini.

    Jurucakap DOH, Penolong Setiausaha Albert Domingo berkata kes baharu itu melibatkan dua orang lelaki, masing-masing berusia 37 tahun dan 32 tahun dari Metro Manila.

    Lelaki berusia 37 tahun itu kini dirawat di hospital, manakala lelaki berusia 32 tahun pula berada di rumah menunggu keputusan ujian pengesahan sampel kulit.

    “Kedua-duanya mempunyai MPXV Clade II, yang merupakan varian virus mpox yang kurang berbahaya,” kata Domingo.

    Menurutnya lagi, DOH belum dapat menentukan sebarang kaitan epidemiologi antara dua kes baharu itu dengan kes aktif pertama tahun ini, iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun yang dikesan pada Isnin minggu lepas.

    Dengan pengesanan kes mpox baharu itu, Filipina kini mencatatkan 12 kes sejak Julai 2022. – Xinhua

    Seorang wanita memakai pelitup muka ketika melintasi jalan raya bersama pejalan kaki yang lain di Manila pada 21 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda