Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Nadal ‘cukup bersedia’ berentap dalam Terbuka Barcelona terakhirnya

    BARCELONA, 16 APRIL – Rafael Nadal ‘cukup bersedia’ untuk bermain hari ini dalam apa yang dijangkakan sebagai Terbuka Barcelona terakhirnya.

    Nadal kelmarin mengesahkan penyertaannya dalam kejohanan gelanggang tanah liat pertamanya tahun ini.

    “Ia adalah minggu latihan yang positif dan saya akan berada di gelanggang,” kata Nadal, yang akan menentang Flavio Cobolli dalam perlawanan pembukaannya. “Ia adalah satu hadiah untuk berada di sini. Saya merasakan bahawa ini akan menjadi kali terakhir saya di sini dan saya mahu menikmatinya.”

    Nadal, juara 12 kali di Barcelona, ​​menjalani pembedahan pinggul pada musim panas lalu dan tahun ini hanya bermain tiga perlawanan kompetitif, semuanya di Brisbane sebelum menarik diri dalam Terbuka Australia.

    “Saya sudah cukup bersedia untuk bermain,” kata Nadal. “Itulah keadaannya sekarang. Saya perlu terus bergerak hari demi hari.”

    Pemain Sepanyol itu berkata dia berada dalam situasi yang unik selepas ‘dua tahun yang mencabar’ akibat kecederaan dan merasakan dia masih boleh ‘bersaing’. – AP

    Reaksi Nadal semasa tewas pusingan kedua kepada Mackenzie McDonald dari Amerika Syarikat pada kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia pada 18 Januari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...