Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jungkook BTS buka akaun IG untuk anjing peliharaannya

    Anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook membuat kejutan apabila membuka akaun Instagram untuk anjing peliharaannya baru-baru ini.

    Akaun Instagram dengan nama @bowwow_bam itu dikelolakan sendiri oleh Jungkook menggunakan username Bam’s dad atau ayah Bam.

    Menerusi bio di akaun tersebut, Jungkook menulis ‘have a good BAM’ yang mana dalam bahasa Korea bam bermaksud malam.

    Penyanyi lagu Seven itu turut menggunakan fotonya bersama Bam (anjing) sebagai foto profil.

    Hanya dalam beberapa jam, akaun tersebut sudah memuat naik sebanyak tujuh hantaran termasuk foto dan video Bam.

    Dalam pada itu, akaun Bam juga mencapai sebanyak 1.7 juta pengikut walaupun belum 24 jam dilancarkan.

    Sehingga artikel ini ditulis, Bam sudah menerima hampir 3 juta pengikut.

    Untuk info, Bam merupakan anjing jenis Doberman dan dipercayai usianya masih kecil meskipun fizikal kelihatan besar.

    Ketika berbicara dengan Bam, Jungkook menggelarkan dirinya sebagai ‘appa’ yang bermaksud ayah. – mStar

    Instagram Bam dikelolakan sendiri oleh Jungkook. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...