Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal kembali bersaing

    SWEDEN, 16 JULAI – Rafael Nadal kembali bertanding buat kali pertama bergandingan dengan Casper Ruud untuk mencatat kemenangan beregu di Bastad kelmarin sejak tersingkir awal di Terbuka Perancis.

    Ia adalah perlawanan pertama Nadal sejak pemain berusia 38 tahun itu tewas kepada Alexander Zverev pada pusingan pembukaan di Roland Garros 27 Mei lalu ketika dia membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Paris.

    Nadal dan Ruud, 25, menang 6-1, 6-4 dalam perlawanan menentang pilihan kedua, Guido Andreozzi dari Argentina dan Miguel Reyes-Varela dari Mexico.

    Penyertaan wild card Nadal dan Ruud, yang berlatih di Akademi Rafa Nadal di Mallorca, kembali ke Sweden dan bersaing mendahului set pertama dengan dua pematah mata.

    Perlawanan diberhentikan pada 3-3 buat seketika disebabkan hujan sebelum Nadal dan Ruud meneruskan semula dalam masa 79 minit. “Kami bermain dengan baik kerana ini kali pertama kami bermain bersama,” kata Nadal.

    “Gembira dapat kembali ke sini selepas hampir 20 tahun. Saya mempunyai kenangan indah tentang tempat ini dari 2003, 2004, 2005. Saya menikmati minggu ini dan berharap kami dapat meneruskannya,” ujarnya lagi.

    Nadal menjulang gelaran perseorangan di Bastad ketika berusia 19 tahun pada 2005. – AFP

    Aksi Nadal mengembalikan bola ketika dia bermain dengan Ruud semasa perlawanan tenis beregu lelaki menentang Andreozzi dan Reyes-Varela pada kejohanan tenis ATP Terbuka Nordea di Bastad, Sweden pada 15 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda