Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naib presiden Iran letak jawatan selepas 11 hari

    TEHRAN, 12 OGOS – Naib Presiden Iran, Mohammad Javad Zarif meletak jawatan, meninggalkan Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian hanya 11 hari selepas pelantikannya.

    “Saya tidak berpuas hati dengan kerja saya dan kesal kerana saya tidak dapat memenuhi jangkaan,” kata ahli politik itu pada petang Ahad menerusi platform X, lapor Agensi Berita Jerman.

    Zarif memberi bayangan bahawa pemilihan menteri untuk Kabinet baharu Pezeshkian menjadi punca keputusannya. 

    Menurut Zarif, sekurang-kurangnya tujuh daripada 19 menteri yang dicalonkan bukanlah pilihan utamanya.

    Zarif merupakan orang kanan Pezeshkian semasa kempen pilihan raya presiden dan kerana popularitinya turut memainkan peranan penting dalam kemenangan Pezeshkian. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Presiden Iran yang baru dipilih Masoud Pezeshkian dan bekas menteri luar negeri Mohammad Javad Zarif (kiri) melawat makam pengasas Republik Islam Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini di selatan Tehran pada 6 Julai 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda