Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    NASA bakal putuskan nasib angkasawan

    WASHINGTON, 15 OGOS – NASA perlu membuat keputusan pada penghujung Ogos sama ada akan membawa pulang dua angkasawan ke bumi menaiki Boeing Starliner, yang menerbangkan mereka ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), atau dengan kapal SpaceX, kata pegawai kelmarin.

    Angkasawan NASA, Barry Wilmore (Butch) dan Sunita Williams (Suni) berlepas ke ISS dengan Starliner pada 5 Jun untuk misi yang sepatutnya dijalankan selama lapan hari.

    Tetapi kepulangan mereka telah ditangguhkan akibat kerosakan pendorong semasa misi kru pertama ke ISS oleh kapal angkasa Boeing.

    Pegawai NASA, pada sidang akhbar kelmarin, berkata mereka masih menganalisis data pendorong, tetapi keputusan sama ada untuk menggunakan Starliner atau pesaing Boeing, SpaceX masih belum dibuat.

    “Kami mencapai tahap di mana kami benar-benar perlu membuat keputusan selewat-lewatnya pada minggu terakhir bulan Ogos,” kata Ken Bowersox, pentadbir bersekutu Direktorat Misi Operasi Angkasa NASA. – AFP

    Suni dan Butch bergambar pada 5 Jun lalu di Kompleks Pelancaran Angkasa 41 di Cape Canaveral, Florida. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda