Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nenek sambut ulang tahun ke-102 di awan biru

    LONDON, 26 OGOS – Seorang wanita Britain kelmarin meraikan ulang tahunnya yang ke-102 dengan melakukan terjunan udara dari pesawat dan berkata dia berharap aksi beraninya dapat memberikan inspirasi kepada warga emas lain untuk kekal aktif.

    Manette Baillie berkata ia ‘agak menakutkan’, sambil menambah ‘saya mengaku saya menutup mata dengan sangat rapat’.

    Baillie memberitahu radio BBC bahawa dia hanya mahu ‘orang lain yang menghampiri usia 80 dan 90 tahun supaya tidak berputus asa. Teruskan sahaja’.

    Ini bukan kali pertama wanita berusia seabad tahun dari kampung Benhall Green di timur England itu menyahut cabaran yang berani ini.

    Dia memandu mengelilingi litar lumba permotoran Silverstone dengan menaiki sebuah Ferrari pada kelajuan 210 kilometer sejam bagi menandakan ulang tahunnya yang ke-100, dua tahun lalu.

    Terjunan udara di Lapangan Terbang Beccles menyaksikan Baillie melompat dari ketinggian lebih 6,900 kaki, dengan seorang pembantu yang diikat pada abah-abah bersamanya.

    Baillie berkata sebelum ini dia telah didorong untuk bertindak selepas mendengar tentang bapa rakannya yang berusia 85 tahun yang telah melakukan terjunan udara.

    “Jika seorang lelaki berusia 85 tahun boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya,” katanya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda