Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nilai pasaran Berkshire Hathaway cecah AS$1 trilion

    NEW YORK, 29 OGOS — Syarikat pegangan milik pelabur terkemuka Warren Buffett, Berkshire Hathaway, mencatat lebih AS$1 trilion dalam nilai pasaran kelmarin, menjadikannya firma bukan teknologi pertama di Wall Street yang mencapai angka bersejarah itu.

    Buffett, yang bakal menyambut ulang tahun ke-94 esok, telah menerajui Berkshire Hathaway sejak tahun 1970.

    Di bawah kepimpinannya, syarikat itu berkembang daripada sebuah syarikat tekstil kecil menjadi salah satu syarikat paling bernilai di dunia, sekaligus menjadikan Buffett antara individu terkaya di peringkat global.

    Permodalan pasaran Berkshire Hathaway melebihi AS$1 trilion dalam dagangan awal kelmarin, meletakkannya dalam kelompok eksklusif bersama syarikat teknologi gergasi seperti Apple, Nvidia dan Microsoft.

    Saham Kelas A syarikat tersebut meningkat 0.8 peratus, manakala Saham Kelas B mencatatkan kenaikan 0.9 peratus, meninggalkan nilai pasaran keseluruhan melebihi AS$1 trilion.

    Selain Saudi Aramco, syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi, Berkshire Hathaway adalah satu-satunya syarikat bukan teknologi tersenarai awam yang mencapai status tersebut. Tesla, yang pernah mencecah permodalan pasaran AS$1 trilion, dianggap sebagai syarikat teknologi oleh kebanyakan penganalisis. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda