Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norris intai kemenangan di Grand Prix Itali

    MONZA, 30 OGOS – Lando Norris tidak memandang serius peluangnya untuk menewaskan Max Verstappen bagi merebut gelaran Formula Satu kelmarin walaupun aura juara dunia yang sukar dikalahkan itu semakin pudar menjelang Grand Prix Itali.

    Pemandu McLaren, Norris ketinggalan 70 mata di belakang Verstappen dengan baki sembilan perlumbaan selepas menamatkan perlumbaan hampir 23 saat di hadapan juara F1 tiga kali itu dalam Grand Prix Belanda hujung minggu lalu.

    Namun apabila ditanya tentang sejauh mana keyakinannya meningkat selepas kemenangan besar di Zandvoort, Norris yang tenang berkata ‘tidak banyak.’

    “Bagi saya kemenangan adalah sesuatu yang luar biasa, dan benar-benar salah satu perasaan terbaik yang boleh awda miliki, kerana ini adalah apa yang saya impikan, apa yang saya sentiasa mahu capai. Tetapi saya tidak memikirkan tentang kejuaraan,” katanya.

    “Satu-satunya perkara yang saya ambil berat sekarang hanyalah hujung minggu ini. Saya tidak kisah tentang hujung minggu depan atau hujung minggu selepas itu, hanya apa yang saya boleh lakukan hari ini, esok dan Sabtu, itulah proses saya,” tambahnya.

    Norris telah berakhir di podium sebanyak sembilan kali musim ini, dengan dua kemenangan.

    Selepas beberapa siri penambaikan terbaharu, kereta yang disediakan oleh McLaren untuknya dan rakan sepasukannya, Oscar Piastri kelihatan yang terbaik di litar.

    McLaren mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kejuaraan buat kali pertama sejak 1998 kerana mereka hanya ketinggalan 30 mata di belakang pasukan Verstappen, Red Bull. – AFP

    Norris semasa menghadiri sidang akhbar di Litar Monza menjelang Grand Prix Formula Satu Itali di Monza, utara Itali pada
    29 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda