Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orlando Bloom ringan tulang buat kerja rumah

    Penyanyi Katy Perry mempunyai cara tersendiri mempamerkan rasa sayang terhadap suaminya iaitu pelakon Orlando Bloom.

    Memetik laporan mStar, Katy sentiasa menghadiahkan ganjaran istimewa buat Orlando dengan melakukan hubungan intim bersama setiap kali aktor itu membantunya membuat kerja rumah.

    “Itulah cara saya tunjuk kasih sayang saya!” katanya.

    Tambah penyanyi itu, dia tidak mengharapkan kemewahan sebaliknya mahukan pasangan yang ringan tulang dan tahu melakukan tugas tanpa disuruh.

    “Saya tak perlukan kereta mewah, saya boleh beli sendiri dengan duit saya.

    “Apa yang dia kena buat adalah bantu saya kemas rumah dan dia akan dapat hadiahnya. Senang!” ujarnya.

    Untuk rekod, Katy dan Orlando dilaporkan bertunang pada 2016 bagaimanapun mereka dikatakan sudah berkahwin secara senyap-senyap pada 2021.

    Mereka juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bersama. – Agensi

    Katy mempunyai cara tersendiri tunjuk kasih sayang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda