Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panda veteran di zoo Taipei sambut ulang tahun ke-20

    TAIPEI, TAIWAN, 30 OGOS — Dengan politik diketepikan, orang ramai berkumpul untuk mengucapkan selamat hari lahir ke-20 kepada seekor panda veteran di zoo Taipei.

    Pengunjung berkerumun di sekitar kandang Yuanyuan untuk mengambil gambarnya dengan kek hari jadi dalam bentuk nombor 20.

    Yuanyuan dilahirkan di China dan tiba pada 2008 bersama pasangannya Tuantuan. Dia mati pada 2022 di usia 18 tahun tetapi tidak sebelum menjadi bapa kepada dua anak betina, Yuanzai dan Yuanbao, kini masing-masing berusia 11 dan empat yang masih tinggal di zoo itu.

    Danielle Shu, seorang pelajar Brazil berusia 20 tahun di Taiwan, berkata bahawa dia mendapati klip-klip panda itu dalam talian sebagai hiburan yang menyeronokkan. “Dan saya rasa ia benar-benar lucu dan comel,” kata Shu.

    Menghadapi kemerosotan habitat dan kadar kelahiran yang terkenal rendah, populasi panda gergasi telah menurun kepada sekitar 1,900 di pergunungan barat China, manakala 600 panda tinggal di zoo-zoo dan pusat pembiakan di China dan di seluruh dunia. – AP

    Yuanyuan makan kek hari jadinya yang ke-20 tahun di Zoo Taipei, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda