Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Manggalela bersih tanah perkuburan

    Oleh Daniel Lim – 

    KUALA BELAIT, 25 MAC – Lebih 20 ahli Kelab Bola Sepak Manggalela menghulurkan bantuan sepanjang bulan Ramadan dengan melakukan kerja-kerja amal
    di Tanah Perkuburan An Naim kelmarin.

    Kempen tersebut diketuai oleh pengurus kelab itu, Awang Suhaini bin Haji Othman.

    Rombongan tersebut membantu membersihkan sekitar kawasan perkuburan tersebut.

    Pasukan itu berharap kerja amal itu dapat membantu memastikan kebersihan tanah perkuburan terjaga, selain mengeratkan lagi hubungan antara pemain dan ahli kelab bola sepak tersebut.

    Gambar ramai ahli pasukan Manggalela yang terlibat dalam kempen pembersihan Tanah Perkuburan An Naim. – GAMBAR SERAHAN KELAB BOLA SEPAK MANGGALELA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda