Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pelaburan infrastruktur sokong pemulihan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku Gabenor bagi Brunei Darussalam di Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah telah menghadiri Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor (BOG) AIIB ke-7 yang berlangsung secara maya, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), di sini, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Gabenor AIIB bagi Mongolia, Tuan Yang Terutama Javkhlan Bold dibantu oleh Naib Pengerusi, Gabenor AIIB bagi Poland, Puan Yang Terutama Magdalena Rzeczkowska.

    Mesyuarat tahunan yang membawa tema, Sustainable Infrastructure Toward a Connected World, bertujuan untuk mengesahkan semula peranan mustahak infrastruktur dalam menyokong pemulihan, pertumbuhan dan kesalinghubungan.

    Mesyuarat itu juga menekankan komitmen bank berkenaan ke arah pelaburan infrastruktur berdaya tahan dan mampan di dunia dalam iklim dan krisis yang mencabar.

    Semasa sesi pembukaan tersebut, Presiden AIIB, Tuan Yang Terutama Jin Liqun berkongsi pencapaian, inisiatif dan hala tuju dasar terkini bank dalam memacu pembangunan infrastruktur di rantau selain membantu negara-negara anggota mengurangkan impak cabaran global yang berubah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menghadiri BOG AIIB ke-7 yang berlangsung secara maya, baru-baru ini. – Gambar serahan MOFE

    Satu sesi meja bulat turut diadakan di mana gabenor-gabenor antara lainnya membincangkan sokongan bank terhadap pembiayaan infrastruktur dalam dunia yang mudah terdedah kepada krisis, meningkatkan akses tenaga dan peralihan ke arah sifar bersih.

    Semasa sesi berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menekankan tiga bidang keutamaan untuk dilaksanakan oleh bank berkenaan bagi menyokong perjalanan anggota-anggotanya ke arah pencapaian masa hadapan yang berdaya tahan dan mampan.

    Bidang keutamaan berkenaan termasuk menyokong pembangunan dan rekaan projek supaya dapat menghasilkan kumpulan projek infrastruktur yang teguh dan boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan daya tarikan pembiayaan, memudahkan kerjasama strategik di antara penggubal dasar, perniagaan dan institusi pembangunan pelbagai hala dalam menjana peluang-peluang baharu serta menyalurkan lebih banyak pelaburan untuk memastikan keselamatan makanan, air dan sumber tenaga masa hadapan.

    Turut hadir semasa mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim dan pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...