Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pelajar IBTE fahami mengenai VFX, penyuntingan filem

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Pelajar-pelajar dari tiga buah sekolah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), hari ini, berpeluang mempelajari mengenai kesan visual (VFX) dan penyuntingan filem semasa sesi perkongsian yang berlangsung di Teater Kuliah, Pusat Pengajian Penerbangan, IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal.

    Pelajar yang mengambil bahagian adalah dari Sekolah Penerbangan, Kampus Perniagaan dan Sekolah ICT IBTE.

    Sesi perkongsian itu menyaksikan penceramah jemputan iaitu penyunting VFX yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Liyana Mansor, dan Penolong Pertama dan Penyunting Perhimpunan, Craig Ferriera yang mempunyai pengalaman bekerja dengan HBO, Netflix, Paramount Television Studios dan sebagainya.

    Dalam perkongsian itu, Liyana yang terkenal dengan karyanya untuk Alien: Covenant, Andor dan The Alienist, dan Craig yang terkenal dengan karyanya untuk Andor, Black Mirror dan Beast, telah mengongsikan peranan mereka dalam pasca produksi dan pembentangan karya yang telah dilakukan dengan memberikan pecahan pasca produksi.

    Acara yang dianjurkan oleh Sekolah Penerbangan itu merupakan sesi perkongsian pertama diadakan di kampus berkenaan dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada pelajar jurusan Teknologi Elektronik dan Media yang melibatkan penerbitan media.

    Ia juga bertujuan untuk memberi gambaran tentang cara penghasilan media di luar negara, di samping memberi inspirasi kepada pelajar untuk menerokai bidang VFX dan penyuntingan seterusnya mengembangkan industri perfileman Brunei, kerana pelajar akan dapat membuat perbandingan antara industri tempatan dan luar negara.

    Sesi perkongsian menampilkan Liyana Mansor dan Craig Ferriera.
    Antara pelajar yang hadir pada sesi perkongsian tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...